Archive for August, 2006

++ whiCh 1 is trUe lurF ?? ++

Sunday, August 13th, 2006

Adakah tapak tangan kita berpeluh, hati kita berdebar kencang dan suara kita tersekat di dada? Itu bukan Cinta, itu SUKA.

Adakah kita tidak dapat melepaskan pandangan mata darinya? Itu bukan Cinta, itu NAFSU.

Adakah kita menginginkannya kerana kita tahu ia ada di sana? Itu bukan Cinta, itu KESEPIAN.

Adakah kita mencintainya kerana itulah yang diinginkan semua orang? Itu bukan Cinta, itu KESETIAAN

Adakah kita tetap mengatakan kita menyintainya kerana kita tidak ingin melukai hatinya? Itu bukan Cinta, itu BELAS KASIHAN.

Adakah kita menjadi miliknya kerana pandangan matanya membuat hati kita melompat? Itu bukan Cinta, itu TERGILA-GILA.

Adakah kita memaafkan kesalahannya kerana kita mengambil berat tentangnya? Itu bukan Cinta, itu PERSAHABATAN.

Adakah kita mengatakan padanya bahawa setiap hari hanya dia yang kita fikirkan? Itu bukan Cinta, itu DUSTA.

Adakah kita rela memberikan semua perkara yang kita senangi untuk kepentingan dirinya? Itu bukan Cinta, itu KEMURAHAN HATI.

Tetapi… Adakah kita tetap bertahan kerana campuran antara sakit dan gembira yang membutakan dan tak terfahami … menarik kita mendekati dan tetap bersamanya? ITULAH CINTA.

Apakah kita menerima kesalahannya kerana itu bahagian dirinya dan siapa dirinya? Jika demikian, ITULAH CINTA.

Adakah kita tertarik dengan orang lain tapi setia dengannya tanpa penyesalan? Jika demikian, ITULAH CINTA.

Adakah kita menangis kerana kesakitannya walaupun saat itu dia kuat? ITULAH CINTA.

Adakah hati kita sakit dan hancur ketika dia bersedih? ITULAH CINTA. Adakah hati kita gembira ketika dia berbahagia? ITULAH CINTA.

Adakah matanya melihat hati kita dan menyentuh jiwa kita begitu mendalam sehingga menusuk? Yang demikian itulah namanya CINTA

++ gurLz thaNg ++

Monday, August 7th, 2006

30 perkara mengenai gurlz yang anda perlu tahu

1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitiskan airmata,itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.

2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya,lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.

3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang(sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).

4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki,lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.

5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya,dia akan cair seperti coklat!!

6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.

7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati,tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan,dia akan lakukan apa saja.

8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan.

9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.Muzik,puisi,lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.

10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni lansung tak berguna.

11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.

12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.

13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita.Jadi jangan senyum sebarangan.

14. Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah mulakan dengan persahabatan.Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.

15. Jika seorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar,tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.

16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.

17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya.Tanya dia sendiri!!

18. Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.

19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.

20. Bila setiap kali gambar kelas keluar,benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya,kemudian barulah dirinya sendiri.

21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!

22. Satu ucapan ‘Hi’ sahaja sudah cukup menceriakan harinya.

23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.

24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.

25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat,jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.

26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..

27. Senjata wanita adalah airmata!!

28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya(hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis).Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati.Dengan ini dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.

29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya.So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah…

30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.

++ ruFFedge ++

Friday, August 4th, 2006

this song will make me ‘teringat’ of sum one..

yes.. my abg.. it’s bcoz..

hmm, can’t tell u ler..

it’s sumthin personal..

neway, syg abg sgt..

read its touching lyrics…

Lirik Lagu ‘ Bila Rindu’ - Ruffedge

dikeheningan malam,
termenungku berseorang
tak lena mata dipejam
terdengar suara terngiang
suara merdu yg di sayang
bagai kau didepan mata
ku capai tapi tak kena
sukarnya memendam rasa
ingin ku luahkan kata

bila rindu,terkenang mu sayang terasa sayu
syahdunya jiwaku bila malam,makin kelam
jauh terbang diriku melayang
aku rindu,sentuhan mu ku rasa sayu
inginkan jiwamu selubungi,jiwa ini,bawa ku dlm pelangi
melepasi segala hati ini

jauh angan ku lena,ku rasa kita bersama,kau bawaku ke sana
ke alam kisah yg lama,kenangan di dlm jiwa..
bila tersedar semula,disisiku kau tiada
sukarnya ku pendam rasa,ingin ku luahkan semua ooooouuu

bila rindu,terkenang mu sayang terasa sayu
syahdunya jiwaku bila malam,makin kelam
jauh terbang diriku melayang
aku rindu,sentuhan mu ku terasa sayu
inginkan jiwamu selubungi,jiwa ini,bawa ku dlm pelangi
melepasi batas diri ini

sesunguhnya kita mestilah
wujudkan sefahaman dan hormat
menghormati,ikhlas,kasih,
sabar , insya-allah
kita akan bertemu semula

aura yg memecah semesta
menyampaikan pesan kesunyian kanda sendiri
kesepian yg menyelubungi hari hari ku
disajikan doa2 ku kerana rindu
yg menanti kau dtg dan pergi seperti mimpi2 ku,fantasiku,
bukan dongeng lagi sayup kedengaran
disisi cuping,disetiap corong,lorong,yg lohong
benar!ku tak bohong,bila hati menyanyi..

bila rindu,terkenang mu sayang terasa sayu
syahdunya jiwaku bila malam,makin kelam
ooohhohhoo
aku rindu,sentuhan mu ku rasa sayu
inginkan jiwa selubungi,jiwa ini,bawa ku dlm pelangi
melepasi batas diri ini

oh bila rindu,terkenang mu sayang.,ku terasa sayu
syahdunya jiwaku bila malam,makin kelam
jauh terbang diriku melayang
aku rindu,sentuhan mu ku rasa sayu
(ku rindukan sentuhanmu)inginkan jiwamu selubungi,jiwa ini,bawa ku dlm pelangi
melepasi batas diri ini